//
you're reading...
Berita, Serius

Berita : Maut tersepit lif

Kuala Lumpur : Seorang kanak-kanak berusia 11 tahun maut dengan lehernya hampir putus selepas terperosok di celah lif yang rosak di tingkat 3 Blok 8, Projek Perumahan Rakyat (PPR) Desa Tun Razak, di sini, semalam.

Menurut Berita Harian, dalam kejadian kira-kira 1 petang itu, mangsa, Khairul Amir Azri Lani, pelajar Tahun Lima Sekolah Rendah Kebangsaan (SRK) Bandar Tasik Selatan, dikatakan cuba keluar dari lif berkenaan yang tiba-tiba berhenti antara tingkat dua dan tiga blok berkenaan untuk ke rumah neneknya.

Saksi, Mohd Norasyraf Mohd Zafridin, 17, yang turut berada dalam lif berkenaan berkata, ketika itu, ada 17 penumpang lain di dalam lif termasuk mangsa apabila lif berkenaan terhenti antara tingkat dua dan tiga.

“Apabila pintunya terbuka, lif berkenaan perlahan-lahan mula menggelungsur ke bawah dan ketika itu ada seorang budak kecil cuba untuk keluar tapi kami sempat menariknya untuk menghalang. Secara tiba-tiba, mangsa yang pada mulanya berdiri di sebelah kiri lif cuba keluar dan belum sempat dia keluar, lif terus menggelungsur ke bawah menyebabkan separuh badannya tersepit dan lif terus tersekat,” katanya yang terperangkap di dalam lif berkenaan hampir 45 minit sebelum mereka diselamatkan anggota Bomba dan Penyelamat.

Saksi lain, Mohd Saifuddin Salim, 17, berkata beliau dan beberapa rakan cuba menenangkan kanak-kanak terbabit. Mereka terperangkap lebih 30 minit dalam keadaan sesak sebelum diselamatkan bomba.

Penolong Pengarah Operasi Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur, Azizan Ismail, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada jam 1.16 petang dan sepasukan anggota dari balai Bandar Tun Razak sampai di lokasi lima minit kemudian.

“Dengan bantuan petugas penyelenggara lif, kita dapat menurunkan lif berkenaan ke tingkat paling bawah dan mengeluarkan semua mangsa yang terperangkap. Mayat mangsa dapat dikeluarkan dalam tempoh lima minit. Mangsa mati di tempat kejadian dan mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM),” katanya

Ibu bapa mangsa ditenangkan oleh ramai ketika kejadian. Ibu mangsa yang sangat terkejut dengan keadaan itu pengsan ketika mengusung mayat mangsa ke kenderaan polis.

Menurut bapa saudara mangsa, Khairul Hisyam Mat Zain, 30 keluarga mangsa mungkin akan mengambil tindakan undang-undang kerana menurut mereka lif bangunan berkenaan memang kerap rosak dan tiada tindakan susulan untuk membetulkan keadaan.

Sumber : Berita Harian & New Straits Times

About nfatinrazali

For any job oppurtunities and event invitation, please contact me at nfatinrazali@gmail.com :)

Discussion

No comments yet.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Archives

%d bloggers like this: